Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka iklan tawaran untuk guru dan pensyarah IPG dibawah KPM yang berkhidmat dengan skim gred DG memohon kenaikan pangkat secara fast track atau laluan pantas kenaikan gred iaitu Guru Cemerlang (GC) dan Pensyarah Cemerlang (PC) bagi tahun 2024. Permohonan melalui e-Pangkat dibuka sehingga 25 April 2024.
Gred Jawatan GCPC yang Ditawarkan Tahun 2024
Bagi guru sekolah rendah yang berijazah (Siswazah), gred GC yang ditawarkan adalah terhad kepada gred 44 dan 48 sahaja berbanding sekolah menengah yang lebih banyak gred ditawarkan sehingga ke gred khas C (JUSA C).
Walaupun terdapat ura-ura laluan GC sekolah rendah akan dibuka untuk gred yang lebih tinggi sehingga gred 54, tetapi nampaknya perkara tersebut masih belum menjadi kenyataan. Saya sebagai guru sekolah rendah amat berharap ura-ura tersebut bakal menjadi kenyataan dalam masa yang terdekat, setidak-tidaknya tahun hadapan. Pandangan saya, guru sekolah rendah seharusnya diberikan peluang yang sama seperti guru sekolah menengah memandangkan lebih 90% guru-guru sekolah rendah berijazah, sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda, malah sudah ramai guru sekolah rendah yang mempunyai kelayakan akademik sehingga ijazah sarjana (Master's degree).
- Berita Harian, 30 September 2022: Guru Cemerlang di sekolah rendah bakal berpeluang naik gred DG52, DG54
- Harian Metro: Guru cemerlang sekolah rendah berpeluang naik gred
- Sinar Harian, 30 September 2022: Guru cemerlang sekolah rendah bakal dinaikkan gred lebih tinggi
- Utusan Malaysia: Guru cemerlang sekolah rendah berpeluang naik gred lebih tinggi
Syarat-Syarat Permohonan Guru Cemerlang
Syarat Umum:
- Sah jawatan.
- Telah dinaikkan pangkat ke gred semasa, tidak layak memohon jika sedang memangku.
- Bebas tindakan tata tertib.
- Lulus tapisan keutuhan SPRM.
- Telah isytihar harta.
- Markah prestasi sekurang-kurangnya 80% untuk 3 tahun kebelakangan.
Sumbangan:
- Sumbangan di peringkat sekolah, negeri, kebangsaan, dan antarabangsa.
- Simpan semua sijil-sijil sumbangan, penyertaan di pelbagai peringkat untuk dokumentasi.
Hasil Penulisan:
- Bahan penulisan ilmiah seperti modul, buku kerja, laman blog, saluran YouTube, bahan-bahan ceramah yang dihasilkan sendiri. Jika ada, simpan sebagai bukti.
Inovasi dalam PdPc & Kajian Tindakan:
- Mengamalkan kaedah/strategi pengajaran dengan menggunakan atau menghasilkan pelbagai bahan pembelajaran dan pengajaran yang terkini, kreatif, inovatif, menarik dan berkesan.
Pemilihan Subjek Kepakaran:
- Pilih subjek yang telah diajar sekurang-kurangnya 3 tahun berturut-turut.
- Kesilapan memilih subjek kepakaran, kadang-kadang mampu memberikan keputusan yang mengecewakan.
Tatacara Permohonan
- Permohonan dikemukan melalui laman e-Pangkat masing-masing.
- Muat turun: Iklan Tawaran GCPC 2024
Sumber: